SYERAA SALLEH







Pesanan untuk Wanita dan Lelaki :D
Tuesday, 5 July 2011 | 4:01 am | 0 comments
WANITA.

Akal senipis rambut, tebalkan dengan ilmu, Hati serapuh kaca, kuatkan dengan Iman,
Perasaan selembut sutera, hiasi dengan akhlak

LELAKI.

Jangan harapkan ketaatan wanita, tetapi binalah kepimpinan, Jinakkan diri dengan Allah, akan jinaklah segala pimpinan, Jangan mengharap isteri sebaik Siti Fatimah kalau peribadi belum sehebat Saidina Ali.


SIFAT YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN DAN SEBALIKNYA BAGI LELAKI

Menurut Saidina Ali R.A. pula berkata :

Terdapat tiga sifat yang tidak baik seandainya ada pada seorang lelaki, tetapi ia adalah paling baik seandainya ada pada seorang perempuan, iaitu:

1. Bakhil atau kedekut, kerana apabila seorang perempuan bersifat demikian akan terpeliharalah harta suaminya .

2. Membesar diri, kerana apabila seorang perempuan itu membesar diri maka dia tidak akan bercakap-cakap dengan seseorang menggunakan kata-kata yang lemah lembut. Dengan ini terpeliharalah perasaan cemburu suaminya.

3. Penakut, kerana apabila seorang perempuan itu bersifat penakut maka dia tidak akan keluar dari rumahnya. Dengan ini sifat cemburu suaminya dapat dikawal.


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2009/08/pesanan-untuk-wanita-dan-lelaki.html#ixzz1REAbZAbx

Older Post | Newer Post
Hello peeps ! Welcome to Sweet Pink This is my blog, do you like my blog ? click "Follow" Thanks for visiting ! :)